Thursday, February 14

Hadiah dari dia :) -PART 1-



Tergerak hati nak cerita pasal 'dia' iaitu IR,bulan ni masuk la 5bulan kitaorang kenal sekejap je masa berlalu,huhu tup tup dah 5bulan kalau mengandung aku rasa dah besar perut macam belon..wee!~

Kami berkenalan dalam pertengahan bulan 9 tahun 2012 dari chat GO SMS,siapa tak tahu tapi ada android kat handphone pi la check kat playstore,kiki so situ lah dikira detik permulaan kami berkenalan,tak salah aku,uhmm aku add dia dulu wahaha*xmalu btui anak dara sorg ni* hahaha! Come on la,mula2 add sebab nak 'kawan' je okay,choi! tapi dia yang tegur dulu,lalala~ adil la kan...


Topik pertama bincang pasal 'perubahan diri' ke arah yang lebih baik dari sebelum ni insya Allah akan terus pertingkatkan usaha ni,aamiiin..bila macam dah serasi berkawan terus dari go chat tu ke whatsapp :) topik banyak kan pasal ilmu yang kami dapat la,share2 and support each other.

Next..

Lepas dua minggu berkenalan, 3/10/2012 balik kerja ni tengah penat duduk kat kerusi tiba-tiba ternampak pembalut hadiah warna warni swirl punya corak tengok tertera nama aku dan nama dia,tak sangka dia bagi hadiah weyh! hihi rakus gak tapi masih ada gaya muslimat masa nak buka hadiah tu,buka2 je aku nages huuuuu!~~~~~ terharu dengan pemberian dia,tahu apa?..



tadaa~

Thanx En.goOogle~ hee


Ini hadiah pertama dia bagi :') tak terkata,sebab sepanjang aku hidup ni hadiah yang paling bernilai dari orang yang tak de pertalian darah dengan aku,yang aku dapat..

Lepas bagitaw dia yang dah dapat hadiah,dia ada hantar gambar buku yang sama dia satu aku punye satu sebelah2 tapi disebabkan ada masalah sikit antara kami,aku delete gambar tu huu~ insya Allah aku xdelete dalam ingatan kecuali dengan izin ALLAH swt *menyesalnyeee*



                          
bye.

Lesen Kereta -part2-


Semalam wa gerak dari rumah kul 8.45pagi ke tempat belajar
 kereta,dalam keadaan hujan renyai-renyai
Alhamdulillah tak perlu bawak payung,huehue (dasar pemalas!)


Tak payah nak bajet la wei!!!!!!!!!
Sampai dalam pukul 8.55pagi tak jauh pun malah jalan kaki je,hihihi
so lepas daftar semua masuk kelas kire wa orang pertama masuk datang la lepas tu ada budak perempuan lak masuk,berborak dengan dia budak ni umur 18tahun
,dia tanya wa 'umur berapa' wa jawab '25tahun' dia tak percaya!bhaha 
Again,again and again orang tertipu sebab muka wa awet muda dan
 badan wa kecil..hakhak..ekeleh budak kecik ni kerek lak!~

Kelas start dalam pukul 10pagi ni kelas teori means ceramah bagai la banyakkan topik masa test JPJ jalan raya apa kesalahannya,boleh tahan ngantuknye haha sebab pagi-pagi wa bantai nasi lomak,ngeee
masa 'sesi amali & teori' ni 4x cop jari kalau ter'miss' satu cop,lu susah la kot nak dapat 'Lesen L'.
Habis kelas teori cikgu samad(penceramah..) dia bahagi-bahagi seramai 33orang kepada cikgu masing-masing,wa geng dengan ada budak sabah tu umur 26tahun belajar kat UniKL,pergh!~ cam nak promot lak,haha dia sesi pertama wa sesi kedua kami dapat cikgu bernama A.

Pukul 2petang start la kelas amali,disebabkan semalam banyak cikgu busy,jadi dalam lingkungan 10orang join cikgu kami,belajar pasal kereta enjin,kompenen dalam enjin segala body kereta la,wa kena attack mentang-mentang wa anak murid dia yang betui bukan angkat-angkat,wa di tugaskan hidup enjin,gerak kerusi,lampu dan lain-lain depan pelajar lain,malu okay!~ hampeh tapi buat-buat cool la,cikgu A ni wa rasa dia muda lagi sporting pun ada kire okay la,tak okay nye bila soal asyik wa je kena,cis!~

Pukul 4.30ptg habis sesi pertama kire mamat sabah ni dia punya sesi dah habis,kire balik boleh tido la yang wa sebab sesi kedua walaupun dah masuk kelas tapi masih belum di anggap masuk wa kena cop 4.30ptg dah kire habis 7.30mlm,so lepas cop 4.30ptg cikgu suh balik kul 7.30 ptg datang balik,nasib baik rumah wa dekat tapi tak dela nak jalan kaki malam-malam hilang akal apeee!~

Kesimpulannya itu jerlah,
ada pada kelas amali dan teori 
semiggu lepas ni wa akan dapat 'Lesen L' okay!~ hahahahah..suke2x :)


..Next..

chayok..chayok untuk lesen P lak...!

bye.

Sunday, February 10

Nuraniku berkata..



Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Tidak,akan ku jaga diri ini untuk insan yg selayaknya
"wanita yg baik untuk lelaki yg baik" -kunci kata2 ini dlm hati-





Bye

Saturday, February 9

Redha,itu yang terbaik..


Benar apa yang kita impikan tak semua akan tercapai kan.. T_T huu~
kadang2 w rasa give up sangat tapi kita sebagai hamba Allah jangan sesekali give up dengan apa yang Allah dan tentukan ia umpama xpercaya pada qada dan qadar :) insya Allah pasti ada hikmah kan right..


Macam lari topik sikit sebab wa akan list sifat2 lelaki yang wa nak ada pada bakal zauj,macam poyo tak? Hihi kita sebagai 'makmum' ada hak nak pilih bakal 'imam' maa,ye ye wa tahu wa bukan lah muslimah yang baik yang boleh dicop wanita solehah yes wa tak layak lagi untuk title tu tapi tapi insya Allah wa akan usaha..


1.Ada basic agama (walaupun dia bukan ustaz,tapi cukup dia punyai basic agama malah ilmu agama yang teguh,sapaa tak nak masuk syurga jadi bila mana ada zauj yg ada ilmu agama insya Allah dapat bawa kita ke syurga Allah )
2.Tinggi ( disebabkan wa pendek,wa nak nak yang tinggi,hihi)
3.Pakai spek ( sebab wa rasa laki pakai spek nampak matang )
4. Kelakar ( disebabkan wa juga otak ada mereng sikit,yes wa perlukan guy yang funny)
5. Suka bercerita ( sunnah Nabi wei before tido lelaki kena bercerita dengan isteri tak kisah cerita apa,kisah sang kura2 dan arnab ke janji bercerita ikut sunnah Nabi banyak dapat pahala wo..)
6. Kemas ( kira pandai bergaya lah,hihi lelaki yg pakai jubah putih,masya Allah sejuk je mata bila pandang,kiki..)
7. Romantik (kikikikiikiki....#_# takyah habaq la kenapee)


Itu je lah kot setakat ini yang wa rasa perlu ada pada bakal zauj,bukan tak buat solat istikarah tapi Allah tak beri petunjuk lagi mungkin belum masanya wa bergelar seorang isteri :)


# Now aku berharap tapi tak tinggi pada IR,sebab pada 13/1/13 something happen yang buat aku down giler terus harapan yang tinggi wa rendahkan,kalau bukan dia untuk ku dan jika ada yang tidak disangka jadi zauj insya Allah wa redha..


Ya ALLAH,daku redha segala yang telah Kau takdirkan sebab Allah tak pernah dan tak akan sesekali menganiaya setiap hamba Nya :)












Bye.



Thursday, February 7

Sehangat Asmara,terujakah aku?




 Lepas 'Adam & Hawa' sekarang 'Sehangat Asmara' pulak,disebabkan 'A&H' memang tak dapat layan sebab masa tu takde mustika HD di astro guwe,hukhuk tiba masanya balas dendam untuk 'Sehangat Asmara',sebab astro dah tukar ke B.yond

muahahaha..!



Mula-mula tu takde lah teruja sangat,bajet tengok relaks je..sampai la episod 3 minit ke 3.24-3.29 huUu~
adi putra gelak sebijik macam someone bernama IR,huaaa kenapa adi berlaku kejam terhadap jiwa guweeeeeeee~~ start minit tu la jadi teruja sangat nak layan 'Sehangat Asmara' faktor utama sebab aku terbayangkan someone so aku pun layan la cerita ini,ngeh2..



Haaa ini gambar aku dengan IR =)
|
|
|
----











BoOo~ berangan lebih..haha 



Itu la hero dan heroin 'Sehangat Asmara' cerita ni di dari Novel,trend sekarang cerita banyak idea dari Novel tu yang banyak best ma!~Layan,zAsss~



bye.




Wednesday, February 6

Lesen Kereta -part1-

Entry kali ini sila rujuk tajuk di atas okay,tetttt!~ haha


Siapa dah ada lesen kereta? *Bigs Claps* syabas2..


Aku???! Huehue..

BoOoooo la weii!~~
umur dah nak masuk 25tahun baru nak ambik..


Relaks la der,
gadis yang byk komitmen macam wa memang susah nak mencari masa yang sangat2 free untuk semua ini.


Boooo~~ Alasan lebih...


Fine!
 sebelum ni aku rasa lesen kereta ni bukan satu keperluan,sampai bila dah kerja baru tahu betapa pentingnya lesen memandu ini,huuu~~



Orait!Mari cerita kopi..

First day pergi dengar ceramah dulu 5JAM bukan direct,kiki 3Jam pagi and selebihnya petang,di kelilingi oleh budak-budak lepasan SPM,mujur mujur mujur wa kata ini muka haaa jenis awet muda loOo~ badan pun ala-ala mereka jadi mereka tertipu dengan kehadiran aku di situ! HAHAHAHA ,disebabkan dah lama tak dengar ceramah plus aku duduk depan SKEMA x?bhaha itu semua helah tu,maka aku tak tidur malah tak henti-henti ketawa,sebab penceramah dia kelakar walaupun ada la selit sikit pasal POLITIK,choii~



Minggu depannya iaitu hari semalam! bhaha Step ke-2 iaitu 'UJIAN KOMPUTER' pergh!~ otak dah la tepu menagis weii cuak punye pasal,siap buat latihan kat pc umah lagi asyik2 FAIL mahu tak down,huu sampai member cakap buat sampai hafal soalan tu,baikkk! akur..Sebelum masuk memang selawat banyak kali,sebelum mula baca bismillah,nak tenangkan hati bacalah surah Al- kausar.


Ini result yang aku dapat..



ALHAMDULILLAH dengan sekali ambik aku lulus,benarlah wei siapa yang berusaha  akan mendapat hasilnya,weee ^_^





Next... 



Kelas Amali dan teori






bye .







.