Wednesday, October 29

Buka Buku Pink Kali pertama ,yeay!


Prosuder buka buku pink kali pertama :)

1. Lokasi sebetulnya call dulu klinik kesihatan berhampiran kawasan rumah dia akan follow kawasan kita tinggal sebab bila bersalin akan ada sesi lawatan oleh nurse ke rumah anda sebab itu better call sebelum terjah klinik kesihatan agar tidak membuang masa anda. 

2. Pada permulaan nak buka buku ni seeloknya datang la awal,kalau settel awal banyak aktiviti boleh dilakukan.

3. Ic dokumen penting,pergi kat kaunter tekan nombor giliran akan keluar dua slip nombor satu klip dengan ic letak dalam bakul,satu lagi pegang la yee...

4. Nurse akan panggil dan akan diberi dua buku pink untuk diisi maklumat peribadi,satu simpanan klinik satu dalam gengaman kita.

5. Tempat aku lepas aku submit buku nurse panggil semula dan mula la sesi temubual antaranya tanya last tarikh period,tetap ke setiap bulan dan berapa hari datang sebulan.
Kat sini gak aku diambil tekanan darah.

6. Selesai tekanan darah,nurse suruh timbang berat,buat ujian air kencing dan ambil darah.

7.Selesai ambik darah,dia suh tunggu sekejap dalam 5minit dia panggil semula dia check perut,janin dan sesi nasihat dari seorang nurse. 

8. Aku buat dalam masa sejam dah seleasai semua tapi next appointment baru dapat jumpa doktor.

p/s : Nasihat aku lah better datang awal la mana rasa nak timeoff dari ambik cuti,tapi terpulang gak pada kawasan masing-masing.Lain tempat lain prosuder dan ramainya manusia yg penting enjoy je takyah stress2.
Babyku :)

Tuesday, October 7

I'm Done


Mungkin cukup setakat disini sahaja,
Aku perlukan rehat,
Aku perlu berhenti,
Berserah pada Allah,insya Allah....

Friday, August 15

Bila terluka



Bila kita terluka,kecewa,sedih atau sebagainya,apa yang terlintas dalam hati dan pemikiran kita pada Allah?

1. Ya Allah apa dosa aku.

2. Ya Allah kenapa aku diuji.

3. Ya Allah apa salah ku.

ayat-ayat diatas ni selalu melintas di hati dan bibir kita taatkala dilanda musibah,tapi.....



Pernah tak kita berfikir macam ni?


p/s : Aku manusia biasa sejak sebulan dua ni aku selalu diuji macam-macam perkara melibatkan orang tersayang sampai satu masa aku dah putus asa,buat masa sekarang ni aku bertahan kerana Allah.ya Pencipta ku yang Maha mengetahui segala-gala Nya..

Thursday, August 14

Tips merancang jantina anak!


Lama tak update entry dan paling best nya aku dah kahwin haha

Alhamdulillah genap 2 bulan semalam.
Bajet kahwin punya entry tak update-update lagi,malas hokeyy jujur ni haha

Tapi entry pasal anak laju je,hehe
Maklum la semua anak buah aku lelaki termasuk belah suami aku!
Dimana gen wanita? dimana???
So aku plan kalau Allah izinkan aku nak gegurl,hehe

Okay malas nak pot pet banyak ni aku bagi link siapa nak merancang jantina anak,
pastikan ingat tarikh first day last period.


Thursday, March 20

Duka sembuh kerana ALLAH SWT



Bila berduka kan mesti Allah akan hantar ayat-ayat yang boleh tenangkan jiwa ku yang hina ini,antara yang terkesan post ini.


Hati..

Bahagian paling sukar difahami.
Bila bibir mngukir senyum, belum tentu dia bahagia.
Bila air matanya mengalir tanpa dipaksa, belum tentu dia derita.
Hatinya. Hati itu sukar difahami bahasanya.
Kadang menghegeh mencari ruang.
Menebar rasa yang lama terpendam.
Mencari ruang untuk menyembuh.
Dek luka semalam.

Belum sembuh, barangkali.

Jiwa..
Luka semalam yang belum terbaiki kau jengah semula.
Perit lagi ya?
Jangan kau simpan diam-diam dalam dada.
Luahkan.
Luahkan satu-satu dalam sujudmu yang lama.
Moga jiwa-mu yang kekeringan membasah semula dalam redhaNya.

Sukar kan.
Memapar senyum.
Membalas tawa.
Saat diri terbenam dalam duka.
Kau sendiri pernah rasa kan?

Karena itu.
Kita, jangan sesekali cemuh hidup orang.
Kita, jangan sesekali hina hidup orang.
Jatuh bangun dia. Naik turun dia.
Cuma Allah tahu.
Dia struggle doplohpatjam sikit pun kita tak pernah tahu.
Kita main aci redah bising-bising komen pasal dia. Sikit pun tak menambah iman kita.
Berhentilah.
Allah lebih tahu apa lebih baik untuk hidup dia.
Doakan dia, moganya malaikat mendoakan kita semula.

Dulu, pernah ada yang bilang,

“Dalam hidup, ada masa engkau perlu berkorban. Korban jiwa, korban masa, korban tenaga. Air mata mungkin mengalir. Hati mungkin terguris. But, this will never be forever. You wish something better, but He knows something greater. Keep walk. Head up. Hidup tak lama. Korban sekejap. Senyum, lalui hidup sebaiknya.”

Ketahui-lah.
Tiap perasaan yang kita ada, Allah yang ciptakan.
Maka, tika mana engkau lelah dengan apa jua perasaan yang ada, bicaralah sama Dia.
Puas. Kau akan puas.
Kerana atas atas izinNya perasaan ini ter-lahir dan hilang.
Sungguh, Dia pasti menitipkan kekuatan dari arah yang kau tak sangka-sangka.
Bisik sama hati,

“Tuhan, aku tahu semua ini tidak sia-sia”.

Satu benda kau kena faham.
Satu benda.
Kita ini, bukan kuat mana.
Bukan tabah mana.
Bukan cekal mana.
Tegar, tabah, cekal, kuat itu Allah yang bagi.
Kalau Tuhan tak bagi segala jenis kekuatan tu, nak bukak mata pun kau tak larat.
Ingat Tuhan. Cari Tuhan.

Lalu, saat kau pasrah dan putus-kan,

“Malas nak fikir. Let the time decide. Betul ke gitu kak? ”
“Sayang, masa tak pernah menentukan apa-apa. Allah yang atur. Dengan izin-Nya. Tentang apa jua. Cuma masa itu memberi peluang utk kita usaha, doa, dan memperbaiki diri. Masa itulah yang Allah peruntukkan buat kita merawat hati.”
Moga nanti kan kau fahami.
Hikmah-hikmah yang ter-alir.
Moga  jatuh bangun kita ini nanti kan men-senyumkan kita di ;
Syurga.

“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]


Kekal tegar ya,
Moga Allah menjaga.


*******
Artikel ini adalah tulisan salah seorang admin aku Islam, Nor Adibah Saiden. Semoga memberi manfaat kepada semua :)


Sunday, March 16

Update!~ :)



Hihi macam tak aktif je kan dok post2 ni,hee xpela at least post la walaupun 3 4bulan sekali,haha
bukan ada orang baca pun..kikiki


Okay! Mari kita mengomel,heeeee


   1. Kerja tetap
2.Berubah dari segi pemakaian
3.Kereta
4.Kahwin




Ni antara wish list aku tahun lepas (2013),
Alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan segalanya



1.Kerja Tetap : Alhamdulillah start lapor diri pada 1.10.2013 lepas sebulan lebih tunang,alhamdulillah..



2.Berubah dari segi pemakaian: Dalam proses nak mantap kan lagi pemakaian yang diredhai ALLAH SWT insya Allah



3.Kereta : Alhamdulillah pada 22.1.2014 dapat beli sebiji kereta MYvi olen maaa... :)



4.Kahwin: Insya Allah bulan 6 ni,heeeeeeee


Alhamdulillah satu-satu Allah permudahkan,insya ALLAH...

Insya Allah,jika dizinkan ALLAH SWT aku akan update bajet aku kawin ni,belanja dalam 17k..hohohohoii~
17k pun,duit wooo


Orait sebelum menyusul moh leh kite...

dzikir pagi & petang.














Saturday, March 8

Counting 'the big days'


Dup dap dup dap... :)

"Ya Allah permudahkan segala apa yang di rancang,aamminnn..."
.