Monday, April 29

Kata - kata untuk menenangkan hati :)


“Kita selalu merasakan orang lain lebih bahagia daripada kita, kerana hidup mereka penuh warna dan ceria, sedang hidup kita seringkali berkalut derita.
Sedangkan hakikatnya kitalah orang yang paling bahagia, jika kita sabar dan menerima ujian hidup seadanya. Mereka yang setiap hari bergelak tawa, belum tentu tidak lalai hati mereka dari mengingati-Nya.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita menangis kerana Allah, ketawa kerana Allah, bersyukur kepada Allah dan bersabar kerana Allah. 
Itulah hakikat bahagia..

ALHAMDULILLAH..

Dan ingatlah.....

“Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”


# Sentiasa bersangka baik wahai hati T.T #

No comments:

Post a Comment

.