Sunday, March 31

Hadiah dari dia :) -PART 2-


Semalam jumpa IR untuk kali ke-3 sepanjang 6 bulan kenal,huuu..
Lepas dapat hadiah pertama dari dia kat link ni Hadiah Pertama IR ,dia ajak jumpa untuk pertama kali nya pada 15/10/2012 masa tu aku tengah kerja dia lak cuti,dia datang office kiteorang pergi taman warisan tak makan pun bajet malu lagi time tu,haha dia minum coconut shake aku minum vanilla aiskrim ABC jumpa dalam masa 30minit je,hakhak sekejap je kan,hadiah kedua dia bagi kali ini 3 barang (sweater kelabu hitam belang2,minyak wangi dan ros putih) maaf ye xde gambar~ sebelum jumpa ada budak office cakap ''mesti dapat bunga ni '' hoho tak perasan lagi ada bunga otw nak ke office tengok la dalam paper beg puma kaler oren ada bunga terus,omg!~ memang betul apa budak tu cakap,lepas tu muka dah merah nak masuk office pun segan giler,huhu tamat untuk pertama kali jumpa..

Kali kedua jumpa pada 1/12/2012 hari jadi abah masa tu,kebetulan birthday aku and IR pada bulan 11 jadi masa jumpa ni masing2 ada hadiah lah nak kasi aku bagi Tie sebab memang tak tahu nak bagi apa,kiki dia lak bagi Pashmina,buku and anak patung turtle :) 3 barang lagi,maaf ye xde gambar~~ IR ni suka angka 3 agaknye,huhu dia datang ambik kat uma,keluar lepas asar terus gerak ke ikea memang dah plan nak ke sana,sian dia sebab kena tempuh jem,kebetulan masa dia datang hujan taw,memang tak sangka dia tunggu kat bus stop dengan payung then dia nampak aku terus dia datang and payungkan aku  kenapa la IR ni romantik sangat,tiap kali jumpa tiap kali tu la dia akan buka kan pintu untuk aku,hurm sampai ikea cari parking then terus pergi makan kat ikea 1st time aku makan meatball kat situ huhu teringin sangat before ni tengok2 IR yang buat teringin aku tu jadi kenyataan thanks awk! lepas mahgrib baru balik,kira kali kedua jumpa ni pun sekejap jugak la bagi aku~,haha

Selama 3 bulan tak jumpa,akhirnya semalam pada 30/3/2013 kitaorg jumpa buat kali ke 3 nya,huhu aku tunggu kat bukit jalil dia datang ambik,cam biasa dia bagi salam then buka kan pintu kereta masa tu ingat nak majuk dah sebab dia lambat grr~ sekali dia bagi ini

#_#

Nampak tak permainan dia kat situ,haish bukan tak jadi nak majuk sebab dapat bunga tu,tapi lepas nampak muka dia kan terus tak jadi nak majuk lepas tu tak sangka lak dia bagi bunga,huu~ terus gerak pergi mydin subang besar giler mydin tu teruja gak la,dia beli barang keperluan so aku teman kan la ada laa dua barang aku tumpang sekaki,haha lepas mydin pergi sunway pyramid lak cari kasut dia and money changer lepas dah usha2 dia tak berkenan then pergi ioi mall lak dekat situ jumpa kasut and kat situ gak dia g tukar duit sebab dia nak g jepun untuk seminggu huu~ sampai hati awak nak tinggalkan saya..koya la mu,ngeee 
Lepas pergi ioi mall,gerak ke shah alam lak,semalam memang berjalan sakan la,kebanyakkan tempat memang 1st time aku jejak la,alhamdulillah walaupun penat tapi berbaloi la happy rasanya and tak stress bukan apa selalu kalau aku penat serius aku akan stress time tu la marah tu main datang je tak bagi salam,selalu terjadi kalau keluar dengan akak aku le,kiki...



Singgah solat asar kat sini dulu,gambar ni IR yg bagi =)

Lepas solat asar,gerak pergi cari ubat mama amboi!~ mama taw,sejak bila jadi menantu dah..haha 
alhamdulillah senang je jumpa tempat tu guna GPS klu Guna Pun Sesat (GPS) memang sah la GPS tu something wrong somewhere,kiki dah beli ubat mama tu terus pergi makan,baru nak makan taw,punya la gedik dari mula jumpa tak makan ape,aku la gedik bukan dia hehe~ dia makan je roti and air susu lepas tu coverline pergi tandas padahal smoking kan kan kan awak!~  weks~hihi takpe memang tak kisah pon..
Kitaoranmakan dekat Nasi Lemak Cinta Sayang kau hade? bukan main ag cinta sayang taw,ngaa~
lepas makan and solat mahgrib masa untuk balik kena balik cepat sebab encik IR kena packing beg nak fly ke jepun esoknye,otw balik tu encik IR cerita kisah Nabi Yusuf taw suka dengar dia bercerita sebab bila dia cerita tengok la muka dia,kiki mesti kelakar..


*Masa tengah taip entry ni,dia dah fly ke jepun tibe2 rindu sangat,huu koyanyeeee

                       and kebetulan lak gusi aku bengkak huu~*



 bye

Friday, March 29

JPJ Test yang Pertama dan Terakhir

AMARAN ENTRY PANJNG YEW
(Banyak tips maa..)

Semalam 28/3/2013 aku ada JPJ Test,aku pergi tempat memandu tu dalam kul 7.45pagi,huhu aku sarapan pisang je,tak sempat wei paling kurang kul 8pagi dah kena ada kat sana plus aku tak tahu nombor angka giliran aku,ngee..

Guess what?!

 No 38 sesi 3

sesi 3 maksudnya kemungkinan kau akan jalani test waktu PETANG after Lunch!

what?!

 tapi aku datang pukul errrrrr..........


Yeah! sila hantuk kepala kat pokok kelapa..

Disebab kan aku malas nak balik,jadi aku decide untuk stay la kat situ and tengok mereka sesi 1 dan sesi 2 buat test,hihi 

Sambil tengok sambil borak,nak tahu aku borak dengan sape?haha siapa-siapa duk tepi aku memang aku borak,ngaa giler peramahnya aku,haha wanita sahaja okey! aku bukan keladi punya olang..

Lepas lunch sesi 3 dipanggil masuk dalam dewan dalam pukul 2 petang, Ketua Abg JPJ nak bagi sepatah dua kata,jadi dengar je la ye tak lama pun dalam 15minit termasuk bagi tag nombor,
maaf la aku xsnap gambar haha..

Buat test tak penat aku cakap yang penat nya TUNGGU,dengan panas nya wei berpeluh2 macam aku lak tukang penguji kat situ,ngeee~

Test JPJ ni ada Bahagian 2 dan 3,Bahagian 1 tu yang before korang dapat L tu la yakin je aku ni,kalau salah betulkan lah sendiri ek!~haha

Bahagian 2 - Ujian Meletak Motokar (Bukit,Parking dan Tiga penjuru)
Bahagian 3 - Ujian Dijalan Raya

Lepas dapat nombor buat Bahagian 2 kiranya bukit dulu la ujian pertama,

AMARAN! 

kalau korang tak lepas bukit,parking dan 3 penjuru burn macam tu je,maksudnya kalau dah kantoi bukit takyah susah2 fikir parking dan 3penjuru sebab ini package
rugi kan kan kan..

please wei sayangi la duit anda,duit sukar nak dicari jangan bazirkan duit korang pada yang korang boleh usaha! chayok okay! down tapi motivate untuk diri sendiri bagi bangkit kan semangat itu tak pe,jangan korang down lepas tu give up,JANGAN SESEKALI macam tu..

Di sebab kan ehsan mak abah aku yang bayarkan duit lesen kereta aku ni,tiap kali aku down mesti aku akan cakap
''Jangan down beb,duit mak abah tu takkan nak sia2 kan,duit bukan senang nak dicari''

so disebabkan aku suka sangat motivate diri aku ayat cam tu,masa kat bukit tu Alhamdulillah aku boleh cakap sesi 3 memang banyak r budak2 TAK GAGAL..

Tips sebelum naik kereta
  1. Bismillah,mohon Allah permudahakn segalanya..
  2. Beborak la dengan kereta tu,aku cakap ''kereta tolong ya jangan buat hal,tolong aku pass test ni hanya Allah dapat balas jasa mu".
  3. Ingat la setiap steps apa cikgu korang ajar.
  4. Tenang =)

Tips
Naik bukit tekan minyak sikit berhenti pada garisan kuning agak2 sikit taw,
banyak student gagal sebab agak2 dia tak tepat,jadi belajar ketepatan dari sekarang yew hihi
masa nak berhenti tu tekan clucth and break supaya enjin tak mati angkat hndbreak n freekan gear,tengok tayar kalau tak puas hati mintak peluang sekali lagi,insya Allah dia bagi tapi ingat 2x je..
Dah berhenti tunggu abang jpj tu tanya,macam aku semalam dia tanya nama bukan nombor,lepas tu dia suh jalan.
Masuk gear satu jangan angkat clucth dulu malah tekan minyak dulu sampai meter tunjuk angka 4 then tahan baru angkat clucth perlahan2 rasa badan kereta henjut je tahan clucth and minyak turunkan handbreak,dia akan move ke depan sendiri,kalau berjaya ucaplah ALHAMDULILLAH =)
Alhamdulillah selama ini aku takut bukit akhirnya aku berjaya gak,wee!~

Seterusnya parking,
alhamdulillah berjaya gak sebab aku motivate diri lagi
 ''dah lepas bukitkan so buat parking and 3penjuru betul2,rugi je kalau sangkut'' hehe
Yang ni bukan tak nak bagi tips tapi lain cikgu lain stepnye,jadi follow step cikgu korang yey

 and 3 penjuru ni aku share satu blog ni step dia sangat menjadi okay!~memandangkan cikgu aku tak berapa  share sangat 3 penjuru then aku google,aku jumpa blog ni 3 Penjuru ..

Step nak masuk..
Step nak keluar..
so far,aku follow steps kat atas memang menjadi lah! korang cuba ya..

Selesai Bahagian 2 dengan jaya nya,Alhamdulillah sangat2..

ni result aku dapat ..

Abaikan sign sebab aku parkinson time tu,haha

Lepas Bahagian 2 hok Bahgian 3 lak,time ni hujan lebat giler dalam pukul 5 macam tu bayangkan sesi 2 tak habis lagi time tu,untuk Bahagian 3 takde package la,cume kalau silap lebih dari 4/20 (random) sila bye2 la samada korang bawak balik kereta tu dengan tick nye terkandas atau abang/kakak JPJ tu sendiri yang bawak,turn aku masa tu dah pukul 6.20 petang ye dengan sarapan pisang lunch roti je,aku kena gastrik..bhaha
tapi aku usap perut selawat banyak2,alhamdulillah okay terus gastrik aku,ngee

So 6.20petang aku start di uji dengan abang JPJ untungla~ hakhak garang boleh tahan tapi satu je aku cakap la kalau korang tenang mesti korang bawak pun cantik,borak gak la dengan abang jpj tu khabar angin cakap jpj ni tegas terpulang korang dapat yang mana lah macam aku alhamdulillah okay,boleh berborak siap bagi arahan lagi aku kena stand by la,blala...~

Sebelum bergerak kan kena check bagai side mirror la,lampu,viper maaf aku malas nak google ejaan yang betul,haha and hon,before tu bagi la salam dulu kan,nampak beradab sikit..wee~
masa sesi 1 dan sesi 2, bila side mirror tepi abang jpj ramai la nak adjustkan kalau korang lelaki tak pe kalau perempuan rasa cam lain macam tak?haha

So masa aku lak,aku rasa side mirror tu dah okay bahagian abang jpj tu then aku cakap ''encik saya rasa side mirror sana tu dah okay'' then dia anguk2,bagi aku biar hilang markah kat situ sahaja jangan hilang akal,kalau tak rasa okay mintak la dia tolong adjustkan insya Allah dia faham ^_^

Ini result jalan raya aku..

Aku dapat jalan raya nombor 2,aku dapat 18/20 markah lulus 16 keatas =)

Kat borang korang akan tulis korang dapat jalan raya berapa,so jangan la gedik2 nak tanya abang JPJ tu jalan berapa,tak pasal2 dapat FAIL..

Setakat ini je yang aku mampu share kat korang,pada yang nak hadapi TEST JPJ goodluck beb! 
Tenang la insya Allah semua akan berjalan dengan baik and korang akan lulus dengan poyo nye,haha

Tips terakhir

 Sepanjang aku kat tempat ujian memandu masa TEST JPJ aku selalu sangat baca ayat ni..

'' Rabbi yassir wala tu 'assir ''
 Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku..






*Pengalaman pertama dan terakhir aku ambik lesen kereta =) best wa ckp!walaupun adalah down2,dibawah ni link pengalaman masa aku mula2 start belajar kereta sampai test QTI*



bye..

Tuesday, March 26

Khamis yang mendebarkan..


Khamis kan malam jumaat mesti rancangan kat tv banyak cerita pasal hantu,awat ha?
bukan kat malaysia saja malah aku tengok HBO atau StarMovie pun banyak siarkan cerita hantu..
So orang malaysia takyah kalut sangat eih pasal hantu-hantu lebih baik korang spend kan malam korang dengan baca Surah Al-Kahfi


Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Pasal tajuk entry di atas sebab apa aku cakap ia mendebarkan,sebenarnya.......

Test JPJ khamis ni  huu tu yang mendebarkan..

Insya Allah semoga Allah permudahkan segalanya,aammiinn 


''La haula wa la quwwata illa billah



bye.




Friday, March 22

Lesen Kereta -QTI-


Salam jumaat! haha mentang-mentang baru pandai letak animated ni sokmo nak guna..
Okay kisah pasal QTI aku punya QTI start pukul 3-4.30Petang,hari ni hujan jadi ayah aku hantar,aku sampai awal dalam 2.30petang and kat tempat belajar tu ada la seorang gadis ni tengah tunggu cikgu dia,aku kan peramah so aku borak-borak dengan dia lepas tu cikgu aku datang,choiiii memang kena jumpa dia dulu erkk  hurm,okay after settel semua dia suruh aku bawak jalan raya dulu,dua2 jalan okay..grrr so bila dah sehari tak drive aku jadi kalut dan lupa,haiya  jalan satu banyak kali mati enjin,cikgu dah fed up hurm jalan dua lak nak u turn boleh lak tak turun handbreak,kalau betui2 ujian jpj aku dah rasa gagal disitu..
Lepas settel dua2 jalan so cikgu suh buat bukit,parking dan tiga penjuru prestasi bagi aku okay2 je  tak sebagus masa 20/3 tu maybe sebab petang,bila petang mesti tak menjadi kalau aku bawak..adeii

Okay dah settel tu cikgu aku suruh jumpa penguji QTI,QTI klu tak lepas jangan mimpi hangpa nak JPJ TEST taw,so agak cuak la tapi cikgu tu serius aku cakap muka dia giler garang tapi cakap soapn je,memang best la cikgu ni dia banyak bagi nasihat ''awak ni bawak cantik tapi sebab awak gabra,jadi xcantik jadi bawak tenang je taw'' ini lah dia ayat seorang bapa,tenang gile jiwa aku..

Reaksi aku memang la poyo cam ni,ngeh3.. aku tak leh makan segala puji sebab aku belum jpj test lagi,aku kena berusaha lagi,chayokk..!!

Pengajaran untuk aku sebelum menghadapi  JPJ TEST
1.Tenang
2.Ingat segala step,tips dan jalan raya.
3.Berdoa,insya Allah moga ALLAH permudahkan segalanya nanti..
4.Tawakal dan redha dengan keputusan..



Good Luck zaza!,insya Allah..aamiin

Thursday, March 21

Lesen Kereta -part3-

AMARAN ENTRY NI SANGAT PANJANG

Pada 19/3 dan 20/3/2013 bersamaan hari selasa dan rabu aku menghabiskan sisa baki kelas memandu aku dengan seorang cikgu muda yang gatal!~ urgh,annoying giler weyh  rasanya aku ada sebut nama dia kat link ni
Lesen Kereta ,disebabkan aku seorang pelajar dan dia cikgu aku tahan jer dulu jangan sampai melampau batas dah la,memang aku akan

benda tu terjadi pada 19/3 sebab aku gagal naik bukit pergh bayangkan ek last kelas aku 9/3 tak ke gap tu panjang memang la aku tak dapat pick up tapi itu bukan alasan nak ambik kesempatan kan..hurgh!~
Memang fedUp gak la sebab bukit aku tak lepas-lepas,ada lah pass dua kali je dalam masa 30minit haaaa masa tu kan dalam hati dah
tapi tahan jer,lepas pass bukit 2x terus aku cakap aku nak buat 3penjuru sebab last kelas aku sangkut,dia pun bagi haih! TAK BERJAYA gak!~ adehh..

Last2 cikgu ajak bawak kat jalan raya pergi isi minyak,jalan raya aku okay lak walaupun ada la ayat-ayat maki dia tu tapi aku TELAN jeeeee kata-kata dia,huu cuba la faham sikitkan kita ni baru 1st time bawak,choi!~ lepas jalan raya balik tempat belajar memandu balik dia cakap
 "haah! pergi naik bukit balik,dalam litar!''
terus aku
 kenapa perlu bukitt!!!!

Guess what?!!!
sekian kalinya

aku masih TAK LEPAS-LEPAS asyik undur belakang je,memandangkan masa belajar dah habis cikgu suruh balik..

Balik tu dalam  bercampur baur perasaan sedih dan give up yang amat aku mampu  malam tu pun aku mimpi pasal kereta tengok betapa down nye aku sampai tido pun termimpi-mimpi..

Esok nye pada 20/3/2013 kelas aku 4jam! 4 JAM okay bayangkan semalam 2jam pun aku dah tak terurus so pagi-pagi aku selawat tenangkan hati berzikir semua,serius masa otw nak pergi tu aku selalu sangat baca ayat ni

''Rabbi yassir wala tu 'assir-Ya Tuhan,permudahkanlah urusanku''


sampai-sampai je cikgu dah tunggu lepas tu baru naik kereta,cikgu cakap
''haa! p buat bukit,saya bagi dua kali je peluang tak lepas gak bukit 4jam duduk dalam ni sahaja!..''
Tidakkk!!!!!
disebabkan memang itu yang aku lemah dan sebelum tu aku ada la baca satu blog sekolah memandu tu dia bagi tips tekan la minyak kuat mana pun!aku set benda tu dalam minda guess what aku berjaya beb!sekali percubaann ALHAMDULILLAH!~
 lepas tu aku ni mengong pergi tempat belajar naik bukit balik padahal kalau dan lepas pergi parking terus dah kena naik balik,hahaha kali ni lak terundur sikit cepat-cepat aku angkat clutch tekan minyak kaw2
   fuh!~
 nasib baik tak terundur,turun je terus buat parking,mula-mula tak lepas nasib baik cikgu takde masa tu aku kuar then beratur balik,muahaha

Second buat,cikgu ada kali ni buat betul-betul nasib baik lepas,lepas tu sangkut kat 3penjuru pulak! adehh cikgu aku dari jauh jerit ala2 tarzan
''pergi naik bukit balik,sape suh sangkut ini package!''

 choi! yeynadeiiiii!!!hurm akur jela.

Alhamdulillah lepas tu semua aku buat okay,then keluar pergi jalan raya,dekat jalan raya boleh cikgu tu
 'jual minyak'~eww  perlu ke,serius aku tak layan,aku drive je.

Sampai2 je tempat belajar,
''haa,p buat bukit,parking and 3penjuru balik''

What?!Again...

Tapi alhamdulillah aku buat dengan jaya nya,lepas tu cikgu naik kereta dia suruh naik bukit lagi kali ini kereta turun bukit cantik jee
 lepas tu dia tanya lagi nak buat apa terus aku cakap ''saya nak balik boleh?''
 masa tu kelas baru 2jam setengah total 4Jam dia cakap ''hurm,balik laa sian tengok awak''

yeeeehaaaa!!! balikkk!!

so kelas aku dengan cikgu gatal+suka maki aku dah habis Alhamdulillah harap aku punya QTI n JPJ TEST berjaya ya ALLAH aku tak nak jumpa cikgu tu lagi,kepada cikgu A halalkan segala ilmu ya saya terima kasih banyak2,malah saya dah maafkan cikgu kelas kau nyah~kau lak maafkan dia
ala maklum la ''darah muda'' miang lebih ayat pun power kan,seburuk mana pun dia dia cikgu yg bagi ilmu pada aku besar pahalanya huu,baik x aku?


sayonara cikgu!~~



''Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan ku,aamiinn..''

22/3/2013 QTI
28/3/2013 JPJ TEST -Insya Allah -

bye.
.