Khamis kan malam jumaat mesti rancangan kat tv banyak cerita pasal hantu,awat ha?
bukan kat malaysia saja malah aku tengok HBO atau StarMovie pun banyak siarkan cerita hantu..
So orang malaysia takyah kalut sangat eih pasal hantu-hantu lebih baik korang spend kan malam korang dengan baca Surah Al-Kahfi
Imam
Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah
bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah
al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam
Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar
daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada
Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka
jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada
Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya
hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua
Jumaat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari
Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al
Atiqa."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada
Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia
dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka
terhindar dia daripadanya."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada
syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda
: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah
cahaya utknya dihari kiamat."
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
[ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Pasal tajuk entry di atas sebab apa aku cakap ia mendebarkan,sebenarnya.......
Test JPJ khamis ni

Insya Allah semoga Allah permudahkan segalanya,aammiinn
''La haula wa la quwwata illa billah”
bye.
No comments:
Post a Comment