Friday, March 29

JPJ Test yang Pertama dan Terakhir

AMARAN ENTRY PANJNG YEW
(Banyak tips maa..)

Semalam 28/3/2013 aku ada JPJ Test,aku pergi tempat memandu tu dalam kul 7.45pagi,huhu aku sarapan pisang je,tak sempat wei paling kurang kul 8pagi dah kena ada kat sana plus aku tak tahu nombor angka giliran aku,ngee..

Guess what?!

 No 38 sesi 3

sesi 3 maksudnya kemungkinan kau akan jalani test waktu PETANG after Lunch!

what?!

 tapi aku datang pukul errrrrr..........


Yeah! sila hantuk kepala kat pokok kelapa..

Disebab kan aku malas nak balik,jadi aku decide untuk stay la kat situ and tengok mereka sesi 1 dan sesi 2 buat test,hihi 

Sambil tengok sambil borak,nak tahu aku borak dengan sape?haha siapa-siapa duk tepi aku memang aku borak,ngaa giler peramahnya aku,haha wanita sahaja okey! aku bukan keladi punya olang..

Lepas lunch sesi 3 dipanggil masuk dalam dewan dalam pukul 2 petang, Ketua Abg JPJ nak bagi sepatah dua kata,jadi dengar je la ye tak lama pun dalam 15minit termasuk bagi tag nombor,
maaf la aku xsnap gambar haha..

Buat test tak penat aku cakap yang penat nya TUNGGU,dengan panas nya wei berpeluh2 macam aku lak tukang penguji kat situ,ngeee~

Test JPJ ni ada Bahagian 2 dan 3,Bahagian 1 tu yang before korang dapat L tu la yakin je aku ni,kalau salah betulkan lah sendiri ek!~haha

Bahagian 2 - Ujian Meletak Motokar (Bukit,Parking dan Tiga penjuru)
Bahagian 3 - Ujian Dijalan Raya

Lepas dapat nombor buat Bahagian 2 kiranya bukit dulu la ujian pertama,

AMARAN! 

kalau korang tak lepas bukit,parking dan 3 penjuru burn macam tu je,maksudnya kalau dah kantoi bukit takyah susah2 fikir parking dan 3penjuru sebab ini package
rugi kan kan kan..

please wei sayangi la duit anda,duit sukar nak dicari jangan bazirkan duit korang pada yang korang boleh usaha! chayok okay! down tapi motivate untuk diri sendiri bagi bangkit kan semangat itu tak pe,jangan korang down lepas tu give up,JANGAN SESEKALI macam tu..

Di sebab kan ehsan mak abah aku yang bayarkan duit lesen kereta aku ni,tiap kali aku down mesti aku akan cakap
''Jangan down beb,duit mak abah tu takkan nak sia2 kan,duit bukan senang nak dicari''

so disebabkan aku suka sangat motivate diri aku ayat cam tu,masa kat bukit tu Alhamdulillah aku boleh cakap sesi 3 memang banyak r budak2 TAK GAGAL..

Tips sebelum naik kereta
  1. Bismillah,mohon Allah permudahakn segalanya..
  2. Beborak la dengan kereta tu,aku cakap ''kereta tolong ya jangan buat hal,tolong aku pass test ni hanya Allah dapat balas jasa mu".
  3. Ingat la setiap steps apa cikgu korang ajar.
  4. Tenang =)

Tips
Naik bukit tekan minyak sikit berhenti pada garisan kuning agak2 sikit taw,
banyak student gagal sebab agak2 dia tak tepat,jadi belajar ketepatan dari sekarang yew hihi
masa nak berhenti tu tekan clucth and break supaya enjin tak mati angkat hndbreak n freekan gear,tengok tayar kalau tak puas hati mintak peluang sekali lagi,insya Allah dia bagi tapi ingat 2x je..
Dah berhenti tunggu abang jpj tu tanya,macam aku semalam dia tanya nama bukan nombor,lepas tu dia suh jalan.
Masuk gear satu jangan angkat clucth dulu malah tekan minyak dulu sampai meter tunjuk angka 4 then tahan baru angkat clucth perlahan2 rasa badan kereta henjut je tahan clucth and minyak turunkan handbreak,dia akan move ke depan sendiri,kalau berjaya ucaplah ALHAMDULILLAH =)
Alhamdulillah selama ini aku takut bukit akhirnya aku berjaya gak,wee!~

Seterusnya parking,
alhamdulillah berjaya gak sebab aku motivate diri lagi
 ''dah lepas bukitkan so buat parking and 3penjuru betul2,rugi je kalau sangkut'' hehe
Yang ni bukan tak nak bagi tips tapi lain cikgu lain stepnye,jadi follow step cikgu korang yey

 and 3 penjuru ni aku share satu blog ni step dia sangat menjadi okay!~memandangkan cikgu aku tak berapa  share sangat 3 penjuru then aku google,aku jumpa blog ni 3 Penjuru ..

Step nak masuk..
Step nak keluar..
so far,aku follow steps kat atas memang menjadi lah! korang cuba ya..

Selesai Bahagian 2 dengan jaya nya,Alhamdulillah sangat2..

ni result aku dapat ..

Abaikan sign sebab aku parkinson time tu,haha

Lepas Bahagian 2 hok Bahgian 3 lak,time ni hujan lebat giler dalam pukul 5 macam tu bayangkan sesi 2 tak habis lagi time tu,untuk Bahagian 3 takde package la,cume kalau silap lebih dari 4/20 (random) sila bye2 la samada korang bawak balik kereta tu dengan tick nye terkandas atau abang/kakak JPJ tu sendiri yang bawak,turn aku masa tu dah pukul 6.20 petang ye dengan sarapan pisang lunch roti je,aku kena gastrik..bhaha
tapi aku usap perut selawat banyak2,alhamdulillah okay terus gastrik aku,ngee

So 6.20petang aku start di uji dengan abang JPJ untungla~ hakhak garang boleh tahan tapi satu je aku cakap la kalau korang tenang mesti korang bawak pun cantik,borak gak la dengan abang jpj tu khabar angin cakap jpj ni tegas terpulang korang dapat yang mana lah macam aku alhamdulillah okay,boleh berborak siap bagi arahan lagi aku kena stand by la,blala...~

Sebelum bergerak kan kena check bagai side mirror la,lampu,viper maaf aku malas nak google ejaan yang betul,haha and hon,before tu bagi la salam dulu kan,nampak beradab sikit..wee~
masa sesi 1 dan sesi 2, bila side mirror tepi abang jpj ramai la nak adjustkan kalau korang lelaki tak pe kalau perempuan rasa cam lain macam tak?haha

So masa aku lak,aku rasa side mirror tu dah okay bahagian abang jpj tu then aku cakap ''encik saya rasa side mirror sana tu dah okay'' then dia anguk2,bagi aku biar hilang markah kat situ sahaja jangan hilang akal,kalau tak rasa okay mintak la dia tolong adjustkan insya Allah dia faham ^_^

Ini result jalan raya aku..

Aku dapat jalan raya nombor 2,aku dapat 18/20 markah lulus 16 keatas =)

Kat borang korang akan tulis korang dapat jalan raya berapa,so jangan la gedik2 nak tanya abang JPJ tu jalan berapa,tak pasal2 dapat FAIL..

Setakat ini je yang aku mampu share kat korang,pada yang nak hadapi TEST JPJ goodluck beb! 
Tenang la insya Allah semua akan berjalan dengan baik and korang akan lulus dengan poyo nye,haha

Tips terakhir

 Sepanjang aku kat tempat ujian memandu masa TEST JPJ aku selalu sangat baca ayat ni..

'' Rabbi yassir wala tu 'assir ''
 Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku..






*Pengalaman pertama dan terakhir aku ambik lesen kereta =) best wa ckp!walaupun adalah down2,dibawah ni link pengalaman masa aku mula2 start belajar kereta sampai test QTI*



bye..

No comments:

Post a Comment

.